Thursday, January 16, 2014

Harga Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Disebabkan kenaikan mendadak bahan-bahan bakeri bermula pada bulan Disember yang lepas, maka dengan ini kami di Koleksi CikTa juga terpaksa mengumumkan harga baru produk kami bermula 15 Januari 2014.

Buat masa ini harga yang terpaksa dinaikkan adalah CikTa ChipNuts Kukiss. Untuk produk lain masih kekal pada harga asal buat masa ini.

Harap maaf di atas sebarang kesulitan pelanggan Koleksi Cik Ta.

Untuk harga baru boleh rujuk di SINI


Saturday, November 30, 2013

Jualan Pertama Koleksi CikTa di luar!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

baru-baru ni Koleksi CikTa ada mengikut jualan yang dianjurkan oleh Puspanita Pahang di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah pada 27/11/2013..

alhamdulillah walaupun jualan tak berapa memberangsangkan tapi ianya adalah satu pengalaman baru untuk Koleksi CikTa mengorak langkah dalam jualan gerai-gerai seperti ini.

walaupun masa untuk persediaan agak suntuk (aku baru balik dari kl pada jam 11.30 malam) tapi aku cuba juga bersedia dengan apa yang ada...syukur percubaan pertama kami memberikan feedback yang agak baik...di mana antara komen yang diterima adalah biskut sedap dan kek snowy cheese kami pun sedap..lega dengar komen sebegitu...

cuma agak sayang sebab tak dapat nak sediakan cheesey merry kerana masa sangat suntuk dan badan masih tak larat..

ok..aku nak sambung buat tempahan biskut Chipnuts Kukiss ni...ada yang nak selit order apa-apa?

Sunday, October 6, 2013

Koleksi CikTa akan berada di Dewan Jubli Perak Kuantan

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

untuk pengetahuan semua, inshaaAllah produk Koleksi CikTa akan berada di salah satu booth di Dewan Jubli Perak di Kuantan ni yang disediakan oleh Puspanita Negeri Pahang.

Jualan ni bersempena acara pertandingan Senamtari dan bermacam lagi acara anjuran Puspanita pada 26 Oktober 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak Kuantan, Pahang dari jam 8 pagi sehingga jam 3 petang.

Mari dapatkan produk Koleksi CikTa di booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang ye..

order untuk Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji pun kami dah buka..pengambilan order akhir sehingga Jumaat 11 Oktober 2013 ye..sebab lepas tu inshaaAllah kami dah nak balik kampung..

Monday, September 30, 2013

CikTa Kukiss lagi..

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru menyiapkan tempahan lagi ni...

terima kasih jiran..Dila...jangan serik nak order lagi ye...


CikTa ChipNuts Kukiss 


inshaaAllah akan tiba produk Koleksi CikTa di area Nilai atau Salak Tinggi..tunggu ye..

Tempahan masih dibuka!

assalamualaikum semua,

tempahan untuk Koleksi Cikta masih dibuka ok...

sila rujuk Senarai Barangan dan Harga untuk tempahan...

ada produk baru akan diupdate kemudian...

jadi jangan tunggu lama-lama... jom order sekarang juga...

Friday, September 20, 2013

Produk Baru Koleksi Cik Ta : CikTa ChipNuts Kukiss

assalamualaikum semua,

bersempena hari Jumaat dan dimulai dengan doa semoga dengan keberkatan hari Jumaat akan memurahkan rezeki Koleksi Cik Ta lagi selepas ini...

alhamdulillah secara tak rasminya kami telah menambah satu lagi koleksi dalam produk jualan kami buat masa ini...

masih belum diberi nama rasmi... nama buat masa ini ialah

CikTa ChipNuts Kukiss


 CikTa ChipNuts Kukiss


produk baru kami ini adalah biskut berasaskan kekacang dan cip coklat yang istimewa...

Ianya mengabungkan kesemua bahan yang berada di bawah ni....



menarik kan?

anda pastinya akan merasa keenakkan pelbagai jenis kekacang dengan setiap gigitan... kerana kekacang yang dimasukkan adalah dalam potongan yang besar dan sangat rangup... seumpama anda menikmati kekacang di dalam bar coklat...


 CikTa ChipNuts Kukiss


jadi anda pasti hendak mencuba kan?

mari hubungi saya untuk tempahan...

Harga Pengenalan untuk satu balang  adalah hanya RM12 sahaja... dengan ada lebih kurang 26 keping CikTa ChipNuts Kukiss di dalamnya... mari dapatkan segera...

tempahan juga dibuka untuk Hari Raya Aidiladha...

Wednesday, July 31, 2013

Promosi Untuk yang berada di Putrajaya dan sekitarnya

assalamualaikum semua,

promosi untuk yang berada di Putrajaya... hanya untuk esok sahaja tau...

tempahan dibuka sehingga jam 5 petang ni (RABU 31 Julai 2013)... jadi sila cepat letakkan order anda...

dan ada promosi istimewa untuk orang Putrajaya dan sekitarnya esok...

beli Cheesy Merry saiz M  untuk 3 unit ke atas dan anda akan dapat satu Cheesy Merry saiz S secara PERCUMA!!! 

produk lain Koleksi Cik Ta




jadi jangan tunggu sampai esok... sebab esok dah terlambat.. tempahan dibuka sehingga jam 5 petang hari ni sahaja ye...